Selasa, 14 Julai 2009

RADIX KOKO


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 5

Kandungan: 15 paket, setiap paket 30 gram

========================================

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko


Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.
Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.


Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!


Satu kejutan, graf jualan koko radix menunjukan prestasi awal menyamai pasaran kopi Radix. Allahuakbar 3x.

Koko radix mula diperkenalkan dipasaran sudah hampir sebulan dan pemintaannya sangat tinggi setanding dengan Kopi Radix. HPA Industri terpaksa bekerja 2 shif bagi memenuhi cawangan yang masih kosong. Bagi menyiapkan jumlah stok yang mencukupi HPA terpaksa mengambil masa sebulan lagi kerana kita memerlukan stok minimum sebanyak rm5 juta.
Saya yakin para pengedar boleh bersabar seperti mereka sabar menanti pembukaan 7 cawangan RFC dalam masa yang terdekat. Kesabaran yang menjadi inti perjuangan HPA kini meletakan syarikat MLM 100% bumi ini di puncak kejayaan. Kita bukan peniagaan roti segera tetapi kita berniaga dengan penuh waspada. Kegawatan ekonomi yang kian rancak diperkatakan orang menjadi medan adu kekukuhan organisasi HPA bermula dari seluruh warga kerja sampailah kepada para pengedar yang terkenal dengan kesetiaannya.

HPA akan membuka kilang tambahan Radix (kopi dan koko) di Pengkalan Cepa, Ipoh dan Kluang. Doakanlah perniagaan kita sentiasa di bawah peliharaan Allah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan