Isnin, 6 Julai 2009

Al Hijamah (Bekam)

Selain mengeluarkan pr0duk-produk kesihatan dan juga produk harian, HPA turut berkongsi ilmu tentang perawatan secara Islam.. Selain daripada ilmu Mendiagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan, Refleksologi, Akupunktur, Kiropraktik (rawatan membetulkan tulang belakang), urutan limfatik, turut diketengahkan juga teknik berbekam (Al Hijamah) yang pelah dilakukan Rasulullah SAW..

Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistim darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sihat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.

Darah kotor yang bertoksid mesti dikeluarkan, namun ubat Allopathy tidak dapat bertindak demikian. Oleh karena itu kita mesti mencari rawatan lain yang dapat mengeluarkan toksid-toksid dengan cepat supaya badan kita tidak lemah dan diserang penyakit.

Salah satu rawatan yang paling berkesan ialah dengan ‘Berbekam’ dan disinergikan dengan produk HPA (sesuai dengan penyakit yang dirasakan).


Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahwa ada 3 cara pengobatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Pemanasan (Kayy)”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan