Jumaat, 4 September 2009

Iklan Koko Radix di TV9

Radix Bakery House Dengan Rasminya Dibuka

Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.


Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.
Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.
Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.


Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah seluruh Malaysia. Insyaallah.


Deodorant Radix Men, Centella Woman, Centella Mild


Harga bagi setiap produk ialah:

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8.00
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 1

Antara produk yang paling ditunggu-tunggu oleh semua khasnya ahli HPA ialah deodorant. Sekarang ini kita sudah ada alternatif. Jom tukar dan amal. Produk ini telah diperkenalkan semasa Konvek 09 dan mendapat sambutan yang hebat. Stok agak terhad, dapatkan segera!

Berikut ialah ulasan Pengarah Urusan HPA mengenai Deodorant HPA:
Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu:

1. Radix Men (lelaki)
2. Centella Woman (wanita)
3. Centella Mild

Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan sudah berada di pasaran. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi mewujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan. InsyaAllah.


Sumber :
DuniaHerbaHPA.com

Jom guna bekas Aiskrim Toyyibah...!

Pada bulan Ramadhan ini juga memberi rezeki kepada peniaga. Sudah tentu bazaar Ramadhan menjadi kemestian untuk membeli juadah berbuka puasa. Dan sudah tentu juga penggunaan polisterin turut menjadi kemestian bagi membungkus makanan yang ingin dibeli.Melihat kepada beberapa bekas aiskrim toyyibah HPA yang terbiar sahaja setelah habis aiskrim dimakan (sebelum bulan puasa tau), maka idea untuk menggunakannya bagi mengantikan penggunaan polisterin datang tepat pada masanya. Mudah, selamat dan menjimatkan..


Isu penggunaan polisterin atau white coffin (keranda putih) ini boleh dilihat di beberapa persatuan pengguna, surat khabar dan sebagainya. Anda boleh baca sendiri.

Belum terlambat untuk kami ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini. Sebelum ke masjid/Surau menunaikan sembayang tarawih, mai secawan kopi radix terlebih dahulu ye! Tak lah mengantuk nanti..


Sumber :

Kiosk HPA Pertama Di Hotel & Pelancaran Kad VIP HPA

Kiosk HPA Pertama Di Hotel De Palma Ampang


Khamis 20 Ogos, satu sejarah baru bagi HPA apabila kiosk pertama di hotel dapat dibuka dengan rasminya di ruang legar Hotel De Palma Ampang. Majlis perasmian yang dihadiri lebih 150 orang di dewan utama hotel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Kelihatan kiosk HPA berada dipenjuru pintu masuk di lobby hotel depalma Ampang
Hotel De Palma Ampang mengambil langkah terkehadapan daripada hotel-hotel yang lain bagi mengwujudkan sebuah hotel yang mengamalkan syariah. Kita tidak perlu risau untuk duduk menikmati makanan di kedua restorannya kerana kesemua produk disediakan telah dipastikan halal.
HPA juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak hotel membenarkan pembukaan kiosk produk halal HPA di lobby. HPA juga menawarkan agar pihak hotel mendapatkan sumber halal daripada HPA seperti penggunaan ayam organik dan lain-lain produk HPA yang sangat sesuai bagi melengkapkan tujuan murni hotel De Palma Ampang.

Pelancaran Kad VIP HPA

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA
Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP
  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.
  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan
  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.

Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
  • RADIX ORIENTAL CUISINE
  • RADIX CHICKEN HOUSE
  • RADIX BAKERY HOUSE
  • EL ZAHRAA HOTEL
  • JAWI HOMESTAY
  • PUSAT PERABUT PJS
  • TOHARAH DOBI
  • HPA ILHAM HOLIDAY
  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES
  • JAWI HERB SHOP
  • HPA COLLECTION
  • HPA ORGANICS
  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

Sumber: http://jamalmajlis.blogspot.com/

HPA City RM100 juta di Shah Alam

HPA City RM100 juta di Shah Alam

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Sumber:
Harian Metro, 21 Ogos 2009

Herba HPA & Influenza A (H1N1)

Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com


Demam
Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.


1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)

2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.

3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.

4. EQ minda - minum hingga sembuh.

5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.


HPA - Harapan Paling Akhir.


H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:


1. IMT - 3 x 3

2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3

3. Madu Coscinium - 2 x 3

4. Kopi Radix

5. Malac - 2 x 3

6. Teh herba


Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .
Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.