Ahad, 24 Mei 2009

Radix Fried Chicken (RFC)..

RFC kini mempunyai 2 cawangan di Malaysia iaitu di Sg. Petani dan di Alor Setar.. Ianya akan dibuka lagi di beberapa tempat yang lain untuk keperluan muslimin dan muslimat yang teringinkan untuk menikmati ayam goreng yang dijamin 100% HALAL, suci dan bersih disamping berorganik.. Antara menu yang disediakan di restoren tersebut adalah seperti :






Rabu, 20 Mei 2009

Herba Penawar Al-Wahida


HPA ialah singkatan bagi Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini dimiliki oleh 100% bumiputera Muslim.

Ia diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad pada tahun 1987, yang pada ketika itu, dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida (PTA). Beliau merupakan Lulusan Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan Peladang. Datuk beliau merupakan herbalist yang dikenali di Perlis. Mendapat pendedahan awal mengenai herba sejak berumur 12 tahun lagi.

HPA Industries Sdn Bhd dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan, sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain. Mempunyai lebih kurang 200 pekerja yang kesemuanya beragama Islam dan satu-satunya syarikat MLM milik umat Islam yang telah bertahan melebihi 10 tahun. HPA turut memiliki kilangnya sendiri di Perlis dan Kedah.

Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia dan lulus 4 jenis ujian yang diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil kelulusan iaitu:Ujian Mikrob, Ujian Steroid, Ujian Logam Berat, Ujian Kelarutan

Kilang HPA juga mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk HPA tidak meninggalkan kesan sampingan dan boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas. Ia suci dan bersih serta dibuat oleh tangan orang Islam – 200 pekerja muslimin dan muslimat yang diwajibkan berwudhuk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.

Setiap pagi, pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.

Pelan pemasaran HPA juga tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia. Perniagaan HPA tidak terlibat dengan riba'; HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan dalam membina empayar perniagaannya.

Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%-dikeluarkan oleh HalalGel Sdn Bhd. Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM. Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

HPA bukan sahaja hanya mengeluarkan produk herba, tetapi turut menyediakan kursus-kursus perawatan seperti bekam al-hijamah, akupunktur, urut reflekslogi, kiropraktik dan urutan limfatik.

HPA turut memiliki sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang dikenali sebagai ‘Pusat Penyelidikan Perubatan JAWI’ dalam mengeluarkan perawat terlatih.

Ringkasan Produk Dan Senergi


  • Ardisia - Untuk merawat masalah ghout
  • Ayam/Daging Lembu/Daging Kambing/Fish Ball/Cake/Burger - bebas
    penggunaan bahan kimia tidak halal ,diberi makanan herba , bebas daripada
    pengunaan MSG , ramuannya disenergi dengan herba terpilih
  • Az-zahra Corset - Mengembalikan kelangsingan badan
  • Barut Herba - Ramping & sihat semulajadi
  • Bedak Awana - Menghaluskan & mencerahkan kulit
  • Bedak Delima - Merawat kulit bermasalah
  • Bedak Jasmin - Merawat jerawat
  • Bedak Tompok Hitam - Menghilangkan tompok hitam/jeragat
  • Bijirin Radix - Minuman tenaga dengan khasiat 7 herba
  • Coscinum Plus - Untuk Penyakit Alahan @ Allegic
  • EQ Minda - Menghilangkan keletihan & stress, membantu perkembangan minda
  • Evening Primrose Oil(EPO) - Baik untuk jantung , darah tinggi , sendi ,
    peradangan , penglihatan , imuniti badan dan masalah menopause
  • Evergreen Centella - Baik untuk perkembangan otak , anti penuaan &
    meningkatkan kesuburan
  • Extra Virgin Oil - Menghindari masalah kardiovaskular , batu hempedu dan
    tinggi vitamin E
  • Ficus - Untuk merawat masalah buasir
  • Flaxseed Oil (FSO) - Baik untuk menguruskan badan , masalah mata silau ,
    kolestrol di arteri jantung dan kaya dengan omega 3 & 6
  • Freesia - Pencuci pakaian organik
  • Grape Seed Oil(GSO) - Baik untuk masalah kolestrol , angin & anemia.
    Baik untuk kecerdasan otak , kolagen menggebukan kulit , melancarkan
    peredaran darah , anti kanser/virus , senggugut , asma dan merawat masalah
    selaput mata
  • Habbatussauda Softgel - anti histamin , anti tumor , anti bakteria ,
    anti inflamation , meningkatkan penghasilan susu ibu
  • HB - Untuk merawat masalah tekanan darah rendah , batu karang , kencing
    manis ,keputihan , penyakit kulit, siflis dll
  • Herba Keputihan - Untuk merawat masalah keputihan bagi wanita
  • Herba Senggugut - Untuk merawat masalah senggugut
  • Kismis Minda - Menguatkan memori , melindungi hati , baik untuk kulit ,
    mata & gigi
  • Kopi Radix - Minuman tenaga dengan sinergi 7 herba terpilih.
  • Kordial Kurma Madu - Sumber tenaga segera yang tinggi serat , kaya
    dengan khasiat kurma dan madu
  • Kordial Mangga - Kaya dengan vitamin A,E,C serta potassium , antioksida
    & beta karoten
  • Kordial Pegaga - Mengembalikan kecergasan , merawat demam & batuk
  • Kordial Roselle - Kaya dengan vitamin C , anti penuaan dan meningkatkan
    imuniti
  • Krim But-But - Minyak pelbagai guna dengan mint yang menyegarkan
  • Lady Cheer - Pembersih wanita fomulasi sireh , serapat dan manjakani
  • Madu Asli - Kaya dengan mineral & multivitamin
  • Malac - Untuk merawat penyakit buah pinggang - batu karang , batu
    hempedu , demam panas/campak/kuning dll
  • Mandian Sari Timun - Melembut , menyegar dan mecerahkan kulit
  • Mega 3 - Baik untuk minda , meningkatkan daya kesuburan , mengatasi
    masalah jantung
  • Mengkudu - Untuk merawat masalah darah tinggi , bekalkan tenaga untuk
    badan , membantutkan pertumbuhan sel kanser
  • Minyak But-But - Minyak pelbagai guna : lumpuh , luka , buasir , patah ,
    kembong perut dll
  • Minyak Herba - Penawar racun , bisa binatang , luka , antibiotik dll
  • Minyak Pati Sepang - Membersih & menanggal sel-sel mati
  • Morin A - Untuk merawat lelah atau asma
  • Olive Oil Softgel - melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol , anti
    barah payudara, barah kulit, mencegah penyakit batu karang , nyanyuk
  • Omega 3 - Baik untuk jantung , kolestrol , darah tinggi , sendi dan mata
  • Paramaria Plus - Untukwanita sejati luar dan dalam
  • Pelawas - Untuk merawat masalah berkaitan usus
  • Plantisol - Untuk merawat penyakit kencing manis
  • Radix - Untuk meningkatan tenaga dalaman lelaki dan wanita
  • Radix Cola/Sarsi/Oren/Ais Krim Soda - Minuman berkarbonat yang kurang
    tekanan gas dan kurang gula disenergi dengan herba terpilih
  • Radix Cookies - Biskut tenaga dengan 7 herba terpilih
  • Roselle - Kaya dengan vitamin C yang baik untuk anti peneuaan , anti
    kanser , stress , selsema dll
  • Sabun Asiatica - Melembab & melindungi kulit
  • Sabun Bayi - Memelihara kulit bayi secara alami
  • Sabun Cassia - Merawat kulit bermasalah
  • Sabun Pegaga Alami - Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
  • Sabun Saffron - Harum & menghaluskan kulit
  • Sabun Susu Kambing - Memutih & melembabkan kulit
  • Sabun Whitening - Menjadikan kulit lebih cerah dan tegang
  • Set Bersalin - set lengkap dengan herba terpilih
  • Set Centella White - Gel Pembersih Muka , Krim Perbersih Muka , Esen
    Pencerah , Penyegar , Pelembap Muka , Masker Lulur Bervitamin , Krim
    Pencerah Malam , Losyen Badan , Gel Mata , Krim Pelindung UV , Syampu &
    Terapi Pegaga , Syampu & Terapi Aromatherapi , Masker Rambut Pegaga , Syampu
    Betik ,Gel Mandian & Syampu , Krim Pelangsing Badan , Cecair Pencuci Tangan
    , Losyen Tapak Kaki , Krim Anti Jerawat,Bedak Talkum Wanita / Lelaki / Bayi
  • Set Omra Haj - Mandian & Syampu , Pembersih Muka , Pelembab muka & Badan
    , Sabun dan Balm bibir
  • Shark Cartilage Plus - Untuk merawat masalah kanser dan ketumbuhan
  • Spirulina - anti virus , anti kolestrol
  • Spirumadu - Kaya dengan vitamin A, B,C,D,E&K. multi nutrien semulajadi
  • Stoma K - Untuk mengatasi masalah kolestrol dan kegemukan
  • Tea Tree Oil - Anti kelemumur & penjagaan kulit kepala
  • Teh Asiatica Plus - Membakar lemak dan menurunkan kadar kolestrol
  • Teh Herba/Instant - Melancarkan peredaran darah , merawat luka dalam dan
    peradangan
  • Teh Tropika - Menyingkir toksid , merawat ghout, artritis , batu karang
    , kencing manis & darah tinggi
  • Tonik Pandan - Melebat & menghitamkan rambut
  • Tuju Angin - Untuk membuang angin dalam badan
  • Virgin Coconut Oil - menguatkan sistem pertahanan badan , memberi tenaga
    , anti bakteria , menguatkan rambut dan anti kelemumur
  • Vitex - Untuk merawat penyakit darah tinggi


Profil HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmadyang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan namaPerubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. 

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.


Motto Syarikat :.


  PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

   

.: Visi Syarikat :.

    

HPA
komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan 
yang berkesan.
 

 

HPA
komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

 

HPA
komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

   

.: Misi Syarikat :.

   

HPA 
memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba
dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu 
keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis 
penyakit yang dialami.

   

HPA
juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

   

HPA 
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan 
pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, 
keluarga, dan masyarakat.

Ahad, 10 Mei 2009

PESAN IMAM AL-GHAZALI...

"JIKA KITA INGIN ANAK KITA MENJADI SOLEH, BIJAKSANA DAN BERGUNA, BERIKANLAH IA MAKANAN DARIPADA REZEKI YANG HALAL SEJAK IA LAHIR. MAKANAN YANG HALAL SELAIN MENJADIKAN ANAK KITA BERGUNA, BOLEH MENJADIKAN MENTAL MEREKA PINTAR DAN CERDAS.

SEBALIKNYA ANAK AKAN MENJADI DERHAKA TERHADAP KITA JIKA IA DIBERIKAN MAKANAN YANG HARAM DAN KOTOR."

Isnin, 4 Mei 2009

Halal Haram Tanggungjawab Bersama.

Mencari yang halal itu fardu. seperti firman Allah dalam Al-Quran :




"Wahai manusia,makanlahsebahagian makanan yang ada di bumu ini yang halal dan baik."


(Surah Al-Baqarah : 168)


"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu daripada yang baik-baik, apa yang telah Kami kurniakan untukmu."


(Surah Al-Baqarah : 172)


"Makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu."


(Surah Al-A'raf : 160)




PERKATAAN 'THOIYYIBAN' BERMAKNA BAIK,

- ASAL SUMBERNYA,

- CARA DIPROSES,

- SIAPA MEMPROSES DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN,

- TEMPAT DIPROSES,

- JAMINAN KUALITINYA.

Kata2 Aluan..

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk memboikot produk-produk Israel & Amerika, kita mestilah melaksanakan sepenuhnya. Jangan kita hanya bergerak sekerat jalan sahaja. Tergamakkah kita melihat bagaimana Yahudi Laknatullah menghancurkan Palestin..????

Kita semua berasa amat marah dan mengutuk tindakan Yahudi itu tapi apa tindakan kita..???

Hanyalah boikot ini jalan penyelesaian serenndah-rendahnya.

Jikalau kita terfikir bagaimana Yahudi ini mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membeli senjata, ini jawapannya, hasil sumber jualan produk-produknya yang digunakan begitu meluas di seluruh dunia.

Adakah kita sedar tentang perkara ini..?? Kalau kita sedar,mengapa mesti kita menggunakan produk-produk mereka ini..???

Mengapa kita hanya memikirkan tentang kelazatan barangan-barangan mereka..???

Apakah produk-produk orang Islam tidak cukup hebatnya..???

Tolonglah umat Islam yang lain. Ini peluang kita nak jatuhkan Yahudi Laknatullah dan konco-konconya.

Sampai bila mereka hasilkan produk untuk umat Islam..???

Mereka ini tidak tahu menahu tentang konsep halal haram dalam Islam.

Ini cara kita berjuang. Perjuangan mesti diteruskan. Kalau kita tak perjuangkan,siapa lagi..??

Ayuh,kita naikkan ekonomi umat Islam. Jangan biarkan umat Islam dipijak, dihina, dipermainkan seperti hari ini. Bila kita hendak sedar..???

Adakah sampai anak cucu kita merempat dibumi sendiri baru kita hendak bersatu..???

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kita sahut perjuangan ini..

InsyaAllah kita akan berjaya di bumi sendiri..............................................................

Perjalanan aku..

Aku mula mendaftar sebagai ahli sekitar pertengahan bulan Mac.. Pada masa tu, aku tak berapa tahu tentnag HPA ni.. Aku sekadar menjadi ahli hanya suka-suka sahaja.. Tak terlintas di fikiranku untuk menjadikan ini sbg 1 pendapatan sampingan.. Sehinggalah tibanya tanggal 2hb & 3hb Mei 2009 di mana aku menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).. Dengan bayaran kursus sebanyak RM150, aku mempelajari pelbagai ilmu berkaitan tentang HPA ni.. Kini aku sah menjadi sebahagian daripada ahli HPA yang sah dengan no keahlian 509101.MY01....