Rabu, 20 Mei 2009

Profil HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmadyang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan namaPerubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. 

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.


Motto Syarikat :.


  PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

   

.: Visi Syarikat :.

    

HPA
komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan 
yang berkesan.
 

 

HPA
komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

 

HPA
komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

   

.: Misi Syarikat :.

   

HPA 
memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba
dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu 
keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis 
penyakit yang dialami.

   

HPA
juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

   

HPA 
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan 
pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, 
keluarga, dan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan