Khamis, 24 Disember 2009

Ubat Gigi Miswak HPA


Ubat Gigi Miswak dengan ekstrak semulajadi kayu sugi dan berkesan dalam memberikan anda keyakinan serta penjagaan mulut yang optimum. Seiring dengan kehendak Syarak, formula semulajadinya:

  • Membersih dengan berkesan untuk memutihkan gigi
  • Mencegah kerosakan gigi
  • Melindungi gigi daripada kaviti
  • Mencegah plak gigi
  • Menyegarkan nafas

Pembetulan ejaan pada kotak ubat gigi Miswak HPA:


Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM5.00
Sabah & Sarawak : RM7.00


Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM4.00
Sabah & Sarawak : RM6.00


Nilai Mata (NM) : 1

RCH Sasar 50 Cawangan


Berita dari Harian Metro, Khamis, 5 November 2009.

RCH sasar 50 cawangan

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.

RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.


Rabu, 23 Disember 2009

Tawaran Membuka Restoran HPA-RFC, ROC, RCH, RBH

Mereka yang berminat untuk membuka Restoran RFC, RCH (Radix Chicken House), ROC (Radix Oriental Cuisine) dan Radix Bakery House (RBH) boleh menghubungi saya sendiri (Pengarah Urusan) melalui SMS (012-4059717). Semua contoh perniagaan itu terdapat di HPA City Sungai Petani dan Alor Setar, boleh menjadi “prototaip” untuk dipindah ke mana sahaja lokasi pilihan anda.

Keinginan anda untuk bersama HPA mengembangkan produk halal kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Kos projek adalah seperti berikut:


1. RFC - 1.5 juta
2. RCH - 500 - 600k
3. ROC - 300 - 400k
4. RBH - 100 - 200k.


Kesemua bergantung kepada lokasi dan keluasan tempat pembinaan. Apapun jumpa saya (Pengarah Urusan) dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Terima Kasih.


Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com


Perkembangan RFC


RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita kebarkan diselatan. Sebulan kemudian pula lagi kita rasmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC Kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.


Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.

Pembukaan RFC Kluang

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.


Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluar jangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera.


Amin.

Sardin HPA

Sardin dalam sos tomato.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00


Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 7.00


Nilai Mata (NM): 1


Berita berkaitan Sardin HPA:

Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.

Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.

HPA Berhasrat Buka 100 RFC



Restoran Radix Chicken House (RCH) di Jelempok

Berita ini dipetik dari akhbar Harian Metro, 13 oktober 2009 (Selasa).

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.

Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.


Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radi

x Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.


Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.


“Kami memperkenalkan banyak produk makanan baru seperti Radix mi kuning, sosej dan sate organik, makanan dalam tin, pelbagai jenis sos dan banyak lagi barangan yang disasarkan untuk kegunaan harian yang terjamin halal dan suci, sekali gus menjadi kekuatan syarikat.


“Pada masa sama, kami juga mensasarkan untuk membuka 100 RFC di seluruh negara yang mana apabila ia tercapai akan melonjakkan jualan kepada RM100 juta sebulan, sekali gus menjadikan HPA antara MLM yang mempunyai jualan melebihi RM1 bilion setahun di negara ini,” katanya sempena Konvek HPA 2009 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.


Konvek diadakan bagi meraikan pengedar terbaik MLM berkenaan yang menerima pelbagai insentif daripada wang tunai hingga pakej pelancongan ke Sepanyol, Australia, Indonesia dan pakej haji serta umrah.

Dalam Konvek HPA 2009, Hafidzan Fauzi dinobatkan sebagai Pengedar Lelaki Terbaik Tahun (DOTY) 2009 manakala Zaharah Mat Zain DOTY 2009 Wanita.


Sementara itu, Ismail berkata, selain RFC yang dibuka di Sungai Petani dan satu di Alor Setar, semuanya di Kedah, beberapa RFC lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat di Melaka, Kluang, Johor dan Perlis.


Katanya, usaha juga sedang dijalankan untuk membuka RFC di Makkah dan berharap ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.


Menurutnya, lagi rangkaian restoran makanan segera milik HPA iaitu RCH turut mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka di Kodiang, Kedah menyebabkan beberapa lagi cawangan RCH kini dibuka seperti di Kangar, Perlis dan Alor Setar.


“Antara makanan disediakan di RCH ialah ayam golek, ayam panggang, ayam goreng RFC, sate organik, nasi ayam, aiskrim Toyibbah (keluaran HPA), nasi itik, jagung bakar, jagung cup, pop corn dan semua jenis minuman HPA,” katanya.


Berita berkaitan Radix Chicken House:


RCH kini akan melakukan suatu perubahan luar biasa. Selain dari menu sedia ada, RCH akan memperkenalkan menu sihat seperti berikut:

1. Pembukaan seawal jam 7.00 pagi: Bermula 1hb Nov 2009 kecuali di Jelempok. RCH akan menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, Kopi o, Teh Tarik Radix, Radix Spring Roll(Popia Ayam Organik), Organic Chiken Ball dan pelbagai lagi menu menarik akan menyusul.

2. Makan tengah hari mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang: Menyediakan pelbagai makanan seperti Sup Ayam Organik, Mee Ayam, Nasi Ayam pelbagai cita rasa dan beberapa makanan tradisional.

3. Makan petang dan malam: Organic Chickenchop.
Menu lain termasuk Ice Blended, Float, Mocca, Burger dan Sosej Ayam dsb akan menyusul dari masa kesemasa.


Sumber: Blog GMalwahida.blogspot.com



Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk


Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk. Berikut adalah harga bagi setiap produk.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9

Nilai Mata (NM): 2

Berita berkaitan Coklat Radix:
Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)
Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin


Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com